No Picture
Uncategorized

Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

Rata-rata pemilik rumah sewa kini tidak berminat nak menghias kediaman mereka kerana beranggapan rumah itu bukan milik mereka dan mungkin hanya tinggal sekejap saja disitu jadi tak perlu membazir wang nak deko pun. Tapi sedarkah anda, rumah kita melambangkan keperibadian kita. Kalau rumah tak selesa dan kusam, apa pula orang akan fikir tentang tuan rumah tersebut nanti?

Itulah yang pemilik akaun fb Puan Syafiqah Syaza ingin tekankan kepada semua penyewa rumah diluar sana. Supaya jangan malas nak menghias atau mencantikkan kediaman walau hanya disewa sementara kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pun. Yang penting, perancangan yang teliti dan bijak. Kerana bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” jelas menggambarkan yang jika benar mahukan rumah yang cantik dan selesa, tak perlu tunggu cukup duit nak beli rumah sendiri pun. Mulakan dengan rumah yang disewa juga sudah memadai.

Terletak di Semabok, Bandar Melaka rumah sewa kampung yang mempunyai 2 bilik se.. […]

No Picture
Uncategorized

Elak Dapat ‘Penyewa Dari Neraka’, Pemilik Hias Pangsapuri Jadi Homestay

Ramai pemilik yang berhasrat untuk menyewakan rumah mereka tapi ragu-ragu kerana susah nak percayakan orang lain. Lebih lebih lagi sekarang banyak yang heboh tentang penyewa yang tidak bertanggungjawab menghancurkan harta benda pemilik kemudian hilang tanpa jejak. Sedih dan peritnya hati bila dah amanahkan rumah pada penyewa tapi itu balasan yang mereka beri. Sudah lah sewa bulanan tidak dibayar, rumah pula jadi tunggang terbalik gara gara ‘penyewa dari neraka’ ini. Pemilik juga perlu menanggung kerugian fizikal yang banyak untuk membaik pulik rumah.

Jadi, buat anda yang trauma mendengar cerita ngeri penyewa-penyewa ini, ada satu lagi cara boleh anda lakukan untuk memastikan anda boleh terus mendapat income melalui rumah yang tidak anda diami. Tukarkan rumah anda menjadi homestay yang boleh disewakan mengikut hari dan sudah tentunya ianya lebih mudah untuk diselenggara.

Menurut Encik Nordin Mohd Salleh, pangsapuri 900 kaki persegi ini pernah didiaminya sebelum dijadikan homestay kera.. […]

No Picture
Uncategorized

Rumah Sempit 646 sqft Tetap Nampak Luas Dengan Pilihan Warna Vibrasi

Kediaman dengan keluasan 646 kaki persegi ini dimiliki oleh seorang ibu muda Bersama seorang anak lealki berusia 5 tahun yang terletak di bandar Ho Chi Minh telah mendapat sentuhan magis dari Toki Home. Menzahirkan sebuah dekorasi yang mencerminkan sifat si pimilik yang ceria dan mesara, kediaman ini ditata dengan rona yang ceria.

Menggariskan pemilihan rona kuning, biru dan putih, kediaman sempit ini ditata sebaik mungkin agar setiap sudut dmanfaatkan dan segala keperluan pemilik dapat disediakan. Pemilihan sofa kuning, membangkitkan lagi keseluruhan interior. Pemilihan dinding sebagai featurewall cukup sekadar menggunkan tekstur batu-bata dengan perincian tanaman gantung yang menghijau menjadikan dekorasi kediaman sempit ini nampak lebih unik.

Dapur berkonsepkan terbuka memberi kesan visual yang lebih luas. Lantainya pula sedikit tinggi bertujuan menjadi pemisah bagi setiap ruang. Disamping itu juga, pemilihan dapur lantai yang sedikit tinggi dapat mewujudkan kepelbagaian volume. S.. […]

No Picture
Uncategorized

Langkah Mudah Buang Ketuat Tanpa Beli Ubat Di Farmasi

Walaupun tak sakit tapi ketuat yang tumbuh pada jari-jemari memang jadi mengganggu. Ketuat yang berpunca dari virus HPV ini jadi sakit pada pandangan mata kita.
Sebab itu kalau boleh secepat mungkin kita nak hapus ketuat ini. Lagi satu jika nak tunggu ketuat ini luruh sendiri memang lambat.
Macam mana nak hapuskan ketuat?
Memang ada ubat di farmasi tapi kalau nak buat ubat sendiri di rumah pun boleh sebab bahan yang diperlukan mudah saja didapati seperti mana perkongsian Hanis Samsuddin .
Bahan yang diperlukan
Cuka epal/ apple cider vinegar – untuk matikan akar ketuat Kapas/ facial cotton – untuk menyerap dan menyimpan cuka Plaster – untuk membalut kapas yang direndam dengan cuka Vaseline – untuk melindungi kulit yang sihat dari tindak balas cuka Langkah rawatan 1. Celup kapas dalam cuka epal lalu tampal pada ketuat. Kemudian balut dengan plaster. Biarkan semalaman.

2. Keadaan ketuat selepas dua hari. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka. Jadi pastikan meny.. […]