Elak Dapat ‘Penyewa Dari Neraka’, Pemilik Hias Pangsapuri Jadi Homestay

Ramai pemilik yang berhasrat untuk menyewakan rumah mereka tapi ragu-ragu kerana susah nak percayakan orang lain. Lebih lebih lagi sekarang banyak yang heboh tentang penyewa yang tidak bertanggungjawab menghancurkan harta benda pemilik kemudian hilang tanpa jejak. Sedih dan peritnya hati bila dah amanahkan rumah pada penyewa tapi itu balasan yang mereka beri. Sudah lah sewa bulanan tidak dibayar, rumah pula jadi tunggang terbalik gara gara ‘penyewa dari neraka’ ini. Pemilik juga perlu menanggung kerugian fizikal yang banyak untuk membaik pulik rumah.

Jadi, buat anda yang trauma mendengar cerita ngeri penyewa-penyewa ini, ada satu lagi cara boleh anda lakukan untuk memastikan anda boleh terus mendapat income melalui rumah yang tidak anda diami. Tukarkan rumah anda menjadi homestay yang boleh disewakan mengikut hari dan sudah tentunya ianya lebih mudah untuk diselenggara.

Menurut Encik Nordin Mohd Salleh, pangsapuri 900 kaki persegi ini pernah didiaminya sebelum dijadikan homestay kerana berpindah ke destinasi yang berhampiran degan tempat kerja beliau dan isteri. Unit ini sebenarnya merupakan pejabat jualan kediaman kawasan tersebut, jadi pintu masuknya agak berbeza dan istimewa.

Berpandukan konsep moden kontemporari, pemilik telah memilih warna putih, hitam serta merah membuatkan ruang tampak elegant. Ruang tamu hanya diisi dengan perabot yang betul betul perlu sahaja kerana pemilik tidak mahu trafik laluan terganggu. Kediaman beliau juga dihiasi dengan tumbuhan hijau yang diletakkan di pintu masuk supaya homestay ini nampak lebih menarik dan tenang.

Menurut penyampai radio ini lagi, beliau mahu pangsapuri miliknya ini memberi keselesaan kepada bakal penyewa. Biarpun ruang kecil, tetapi jika pandai menghias dengan berani dan terarah maka rumah tersebut akan tetap nampak menarik. Perancangan juga penting untuk memastikan kediaman tidak nampak serabut. Setiap orang berhak memiliki rumah idaman tidak mengira apa saiz, besar atau kecil.

The post Elak Dapat ‘Penyewa Dari Neraka’, Pemilik Hias Pangsapuri Jadi Homestay appeared first on IMPIANA.

(Visited 17 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*