Tukang Masak Ini Kongsi 17 Tip Makanan Jadi Sedap & Tahan Lama…

Mendapat lebih 16k perkongsian di Facebook, tips memasak dan makanan tahan lebih lama daripada tukang masak ini berjaya menarik perhatian ramai. Iyalah sebagai seorang yang mempunyai pengalaman meluas dalam bidang masakan, tips yang dikongsikan ini benar-benar membantu golongan ibu-ibu yang kekurangan ilmu. Boleh cuba!

Tips elak pedih mata ketika kupas bawang

Tips mykitchen;

  • Nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: Rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih
  • Nak elak ikan goreng melekat kat kuali; Panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik
  • Nak sambal merah sedap cantik; Masak lada lama + gunakan gula merah
  • Nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi

Cara nak elak nasi cepat basi

  • Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masin nya.. tak caya cuba lah
  • Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau… Nak masak baru basuh
  • Daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.. Gila kau
  • Merangupkan timun untuk buat jelatah timun, potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas… Kesannya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun
  • Nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2, 3 cubit garam… Nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balikkan nasi tu dan tutup sampak berwap

Nak dapatkan ayam goreng yang sedap

  • Nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dalam peti ais
  • Nak kopek telur selepas direbus, lepas rebus sejukkan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..
  • Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit… Masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing
  • Nak merangupkan ayam goreng hendaklah menggoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompatlah sekejap kemudian masukkan ayam

Tips tauhu tahan lama

Nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

Nak simpan tauhu supaya tahan lama, rendam tauhu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu… So anda pun baru tahu hari ini

Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Kureng lah.. Nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek… Sup lebih sedap/pekat tau

Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Buat setiap bulan. Mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye

**Gambar selfie sendiri, kat atas motor nampak ganas tapi kat dapur rupa haii macam makcik senah lah sikit… Rajin betul menaip hari ini, kongsi pengalaman sebab dah masuk 4 tahun kehidupan sebagai tukang masak didapur… Sekian

Sumber : Ayue Jalal

(Visited 367 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*